"Tidak akan kayanya kita kalau terlalu kedekut untuk bersedekah, dan tidak akan miskinnya kita kalau kita selalu bersedekah"

Wednesday, June 20, 2012

Vitamin Kesuburan

Ada pasangan yang dikurniakan cahaya mata sejurus berkahwin atau lebih glemer dengan nama “bunting pelamin”. Ada pasangan yang perlu menunggu lama dan ada juga yang sudah menjalani pelbagai rawatan kesuburan namun masih belum menerima rezeki anak. Kesihatan diri individu itu samada lelaki mahupun perempuan adalah faktor utama yang menentukan samada anda mampu menghasilkan sperma yang sihat bagi si suami atau telur yang matang bagi si isteri.

Jika semasa bujang anda sudah mengalami sebarang masalah berkaitan organ seks mahupun rahim, anda perlu bersedia dan berjumpa dengan doktor pakar untuk mendapatkan konsultasi atau rawatan yang bersesuaian. Sudah lumrah manusia yang dengan pantas menuding jari kepada si isteri jika mereka masih tidak dikurniakan anak walaupun sudah lebih setahun berkahwin.

Mengapa saya katakan tempoh SETAHUN sebagai penanda aras?? Saya ada membaca artikel di surat khabar yang menunjukkan peratusan untuk pasangan mendapatkan anak semakin rendah apabila usia perkahwinan semakin meningkat. Malah pasangan suami isteri dinasihatkan untuk berjumpa dengan pakar jika sudah berkahwin lebih daripada setahun bagi membuat pemeriksaan lanjut.

Saya ingin berkongsi mengenai artikel vitamin kesuburan daripada genkimomma yang menerangkan dengan jelas mengenai fungsi setiap vitamin bagi meningkatkan tahap kesuburan kedua-dua pasangan suami isteri. Terima kasih genkimomma untuk perkongsian yang menarik ini.

Sebagai panduan anda, berikut merupakan di antara vitamin/ suplemen/ pemakanan tambahan yang baik untuk kesuburan suami isteri. Apakah vitamin kesuburan ini, dan bagaimanakah fungsinya kepada sistem reproduksi kita?

Vitamin Asas (Family Wellness Set):
*ESP, Vita-Lea, B-Comp & Vit-C adalah vitamin asas, dan tunjang utama untuk kesihatan badan.

(1) ESP (Protein) - Protein ialah makanan asas kepada sel. Sel yang sihat akan memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan, perlekatan telur dan lain2.

(2) Vita-Lea (Multivitamin) - Multivitamin lengkap dengan Iron formula, untuk keperluan badan.

(3) Vitamin C - Bantu proses sintesis hormon-hormon kritikal yang berkaitan dengan seks dan kesuburan seperti androgen, estrogen & progesteron.

(4) B-Complex - Memberi tenaga, perasaan tenang & no stress.

Vitamin Kesuburan:

(5) Vitamin E & Selenium - Terkenal sebagai "vitamin seks". Selain menghaluskan kulit, anti penuaan, melancarkan peredaran pembuluh darah, mencegah pembentukan darah beku, pembentukan sel2 baru (termasuk RNA & DNA) dan lain-lain, ianya juga amat terkenal mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelelakian & menyuburkan organ reproduksi lelaki & wanita. Sebanyak 50% Selenium di dalam badan lelaki berada di dalam testikel & duktus seminal. Selain itu, lelaki akan kehilangan selenium melalui air mani. Maka, suplemen Selenium yang cukup sangat membantu hubungan seksual bagi lelaki.

(6) Zinc Complex - Bagi kaum lelaki, zink merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukkan hormon testosterone, bantu kekalkan jumlah air mani, bantu kekalkan paras testosterone yang bersesuaian, serta memberikan tenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju ke ovum. Selain itu, zink berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose nucleid Acid). Secara keseluruhannya, Zink membantu mengekalkan keinginan seksual yang tinggi dan menghasilkan sperma yang sihat. Kekurangan Zink bagi lelaki akan mengakibatkan pelbagai masalah seksual termasuk sperma yang abnormal, dan penyakit prostat.

Zink digunakan untuk kesuburan bagi wanita kerana zink akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina.

(7) Alfalfa Complex - Diamalkan oleh wanita, terutama bagi mereka yang rasa "sakit ketika bersama", membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/ sakit pinggang yang melampau tatkala di datangi haid (makan alfalfa bersama kalsium), dan turut membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti Kacip Fatimah). Ada juga sesetengah sumber yang mengaitkan Alfalfa bantu di dalam masalah PCOS.

(8) GLA Complex - Diamalkan oleh wanita, terutama yang menghadapi masalah haid tidak teratur. Gamma Linolenic Acid (GLA) bantu wanita hasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti, yang juga dikenali sebagai "Mukus serviks putih telur (egg white cervical mucus)". Cecair serviks jenis ini sangat subur, nipis, berair, cerah & likat, dan sangat2 membantu sperma berenang terus ke uterus, ke Tiub Fallopio, dan ke telur (ovum). Tambahan, cecair serviks yang sangat subur ini juga akan bantu sperma hidup lebih lama iaitu sehingga 5 hari di dalam Tiub Fallopio, yang mana akan membantu proses persenyawaan walaupun anda tidak melakukan hubungan seksual semasa si isteri sedang subur (waktu ovulasi).

***Peringatan: Vitamin Shaklee ini hanyalah sebahagian daripada usaha sahaja, ya. Taraf kesihatan anda suami isteri turut menjadi faktor utama kesuburan, dan pastinya rezeki ini datang dari Allah Yang Maha Esa! TIADA JAMINAN anda akan terus mengandung selepas mengamalkan vitamin semulajadi ini.

Sumber : GenkiMomma

---------------------------------------------------------------------------------

Bagi mereka yang ingin tahu lebih lanjut, saya mohon untuk anda hubungi saya melalui email amirahbakri@gmail.com kerana ianya tidak semudah seperti menerangkan pakej vitamin untuk masalah penyusuan mahupun kecantikan. Ada banyak persoalan yang perlu saya ketahui sebelum menyarankan vitamin yang sesuai kerana mungkin anda tidak memerlukan kesemua 8 jenis vitamin di atas terutamanya jika anda mempunyai kekangan kewangan.

Credit: My Chibi Box

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...