"Tidak akan kayanya kita kalau terlalu kedekut untuk bersedekah, dan tidak akan miskinnya kita kalau kita selalu bersedekah"

Friday, December 18, 2009

SALAM MAAL HIJRAH

Assalamualaikum.....

First of all, i nak ucapkan selamat menyambut tahun baru hijrah 1431. Semoga tahun yang mendatang akan lebih mengeratkan hubungan sesama insan dan mencapai impian serta kejayaan.

Tahun ni jugak i berazam untuk menjadi umi yang lebih baik (sbb i selalu marah2 anak2 i), isteri yang lebih bertanggungjawab (yang, doakan eh...), anak dan menantu yang lebih bagus dan kakak yang sedia mendengar dan membantu adik2 i terutamanya pada my little sister (ateh, aku sayang ko).

Tahun ni azam i tak banyak i listkan lagi tapi dah ada laaa.... doakan i semoga semua apa yang i rancang akan berjalan dengan lancar ok...

Nama pun hijrah, i pun nak berhijrah untuk sama2 berkongsi dengan semua apa yang i sedang kerjakan untuk sama2 berjaya.

I nak BERJAYA kerana orang yang berjaya ialah orang yang menganggap cabaran dan dugaan adalah perlu untuk membaiki kelemahan diri.

Untuk kita berjaya, kita perlu setkan impian dan tetapkan matlamat kita. Perlu ada usaha yang berterusan. Ini bukan masa untuk mendapatkan bukti sesuatu kejayaan. Kita perlu tempuh dan anggap ini adalah proses pembelajaran. Kita kena umpamakan diri kita ini macam Harimau Lapar. Kenapa perlu jadi macam harimau? Sebab semangat yang ada pada harimau kerana harimau tak takut tempuh walau besar mana pun binatang yang dia nak makan.

Apa lagi yang diperlukan untuk berjaya? Perlu ada keyakinan & kepercayaan. Kalau tidak ada dua point ni, orang tengok pun tak yakin dan pandang sebelah mata pun tak nak. Bila orang dah yakin dan percaya ngan kita, orang akan stick kat kita macam glue.

Tidak susah nak berjaya, kita kena bertindak cepat. Kalau tindakan kita lambat kita akan gagal tetapi kalau kita cepat kita akan capai kejayaan.

Lain kali kita berkongsi lagi.... Tahun baru ni bakal memberikan kejayaan asal kita berusaha. Semoga mendapat yang terbaik.

Salam Maal Hijrah dari Mira sekeluarga....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...